15 Nisan 2011 Cuma

RASA CEMAS ANAK PERTAMA

 

Semalam saya ada urusan di Klinik Komuniti Peringgit,sementara menanti urusan selesai..saya berbual dengan seorang ibu pesakit yang menunggu giliran.Saya tanya satu soalan tapi dia jawab macam bertih goreng.Tentang masalah kesihatan anak dia yang berumur 1 tahun (perempuan).Tak ada masalah besar cuma rashes kat punggung yang tak mahu hilang-hilang dan kesah anaknya yang tak mahu tidur/makan/minum susu.
Secara amnya kes ini bukan berat sangat tetapi sebab ini anak pertama ..maka si ibu tadi rasa cemas sangat..tension habis nampaknya.Saya cuma kata..cuba bawa bertenang sebab rasa cemas boleh memburukkan keadaan.
Teringat kesah semasa saya dapat anak pertama dahulu..gembira betul masa dia lahir...kemudian diikuti oleh rasa cemas berterusan...sepanjang dia membesar hingga sekarang.Kurang sedikit sebab dia dah di sekolah menengah...
Cemas masa dia demam panas,masa dia jatuh dari walker,jatuh dari buai,masa dia kena chicken pox,masa dia kena demam campak,masa dia belum jalan ,masa dia belum bercakap,masa dia belum pandai membaca,masa dia demam dekat UPSR,masa dia lambat sampai rumah(Dah pukul3 pm) dan entah apa-apa lagi...
Lebih-lebih lagi kalau suara emaknya lain macam...hati saya pun dah bercelaru.itulah rasa cemas untuk anak pertama ...anehnya anak ke 2,ke 3 dan ke 4 ni...tak pula cemas sangat.Semuanya kami hadapi dengan relax sahaja...
Sekarang anak pertama saya sudah berusia 14 tahun...gambar atas tu.Semoga dia tidak lagi menimbulkan kecemasan-kecemasan di masa hadapan...pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan sebagai ibu-bapa kita perlu bersedia menghadapinya.
Rasa cemas yang tidak keterlaluan boleh mendorong tindakan yang cepat tetapi kalau keterlaluan boleh memburukkan keadaan sebab kita mungkin hilang pertimbangan.Tekanan akan muncul jika anak kita tidak seperti anak-anak dalam iklan...comel,sihat,montel,happy....tetapi anak kita sebaliknya pula.Sebenarnya..terimalah anugerah Tuhan yang diberikan kepada kita dengan rasa redha dan ikhlas...seterusnya kita hadapi apa yang datang satu persatu.